AHLI KUMPULAN:

MUHAMMAD HANIF BIN MOHD NASHIR
(16DEM15F1061)
MUHAMAD NAJIB BIN ZINUDIN
(16DEM15F108)
MOHAMAD NOR IKHSAN BIN NOR ISHAK
(16DEM15F1048)
NORAIMAN BIN MUSTAFA
(16DEM15F1042)
MUHAMAD ZULHILMI BIN MULYADI
(16DEM15F1047)

PENSYARAH: PUAN NORAINI BINTI SULAIMAN

Sunday, 6 March 2016

HIKMAH SOLAT DARI ASPEK KESIHATAN




          Kedudukan Tangan semasa membaca al Fatihah

  • Apabila membaca al Fatihah, telapak tangan akan menggengam pergelangan tangan kiri di pusat.Dari segi kesihatan, teknik ini merupakan salah satu cara istirahat yang paling sempurna kerana kedua dua tangan mempunyai sendi pergelangan tangan, kedua dua otot ini berada dalam keadaan yang paling rehat sekali.
  •  Perjalanan darah terutama yang mengalir kembali ke jantung menyebabkan sendi tersebut berjalan balik di mana ia akan melancarkan pergerakan kedua dua tangan.Kaedah ini boleh menghindarkan sakit sendi (rheumatik).


       Kedudukan ketika rukuk



  • Ketika rukuk, kedua dua tapak tangan diletakkan di atas kepala lutut di mana punggung dan kepala berada di dalam keadaan selari.Teknik rukuk ini dapat menghilangkan banyak penyakit terutamanya sakit tulang belakang seperti sakit rusa tulang punggung , ruas tulang tengkuk dan kekejangan otot. 

        Kedudukan semasa sujud


  • Semasa sujud , kepala dan jari tangan berada di dalam keadaan sama. Keadaan jari-jari tangan pada ketika itu boleh menyebabkan semua otot bergabung di antara satu sama lain lantas menjadi besar dan kuat. 
  • Di samping itu, urat-urat pembuluh darah serta limpa akan menjadi teratur menghasilkan kelancaran perjalanan darah ke seluruh anggota badan terutama pada bahagian jantung dan menghindarkan berlakunya pengecutan di pembuluh darah. 
  •  Semasa sujud juga otot-otot akan menghasilkan tenaga haba yang sangat diperlukan di dalam proses zat-zat makanan seperti zat besi,kalsium , kapur dan banyak lagi. Ketegangan otot akan mempercepatkan aliran darah dimana ia seterusnya membuang sisa-sisa kotoran yang asalnya dari zat makanan. 
  • Sujud ini juga akan menghasilkan otot-otot yang besar dan kuat terutama otot dada. Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak pada ketika ini kelenjar susu akan berkembang dan menghasilkan air susu yang banyak. 
  • Kaedah ini sangat penting untuk melawaskan pembuangan najis. Bagi ibu-ibu yang hamil pula ia membantu memudahkan proses kelahiran bayi. 
  • Sewaktu sujud ini juga kepala berada pada situasi yang paling rendah. Berlakulah pengaliran darah ke kepala, dalam situasi ini juga anggota kepala akan menerima zat-zat yang diperlukan berbanding dengan keadaan biasa. 


      Ketika Duduk Di Antara Dua Sujud (Duduk Tahiyat Awal)


  •  Semasa duduk antara dua sujud otot pangkal paha yang mengandungi saraf yang besar terletak di atas kedua-dua tumit kaki. Tumit ini turut dilapisi otot yang berfungsi sebagai bantal. 
  •  Semasa duduk tahiyat , tumit kita menekan pangkal paha . Kaedah ini menyebabkan secara automatik saraf pangkal paha terurut atau terpicit dengan sendirinya. Oleh itu, ia boleh menghindarkan dan menyembuhkan penyakit ischias (tidak dapat berjalan) . 

No comments:

Post a Comment