Hati adalah pusat kesadaran Rabbaniyah, sumber kesucian yang tidak pernah membantah terhadap ketentuan Tuhan – Nya. Imam Al – Ghazali mengibaratkan hati seperti raja yang pasukan (tubuh) untuk berbuat sesuai kehendak- Nya. Sedang nafs adalah sesuatu yang halus yang membentuk karakter dari kecondongan manusia.
1.MENCEGAH KERUNTUHAN MORAL
Apabila diamati, berbagai perkembangan di tanah air belakangan ini, terutama gejala sosial akibat pergolakan masyarat. Banyak orang yang sudah kehilangan jati diri. Korupsi, kolusi, pornogarfi, free sex, aksi jenayah telah menjadi permandangan seharian
umat yang beriman yakin bahwa solat dapat membuat pelakunya menjadi orang yang berakhlak mulia, beradab, buruk menjadi baik, kotor menjadi bersih.
2. MEMBINA PROFESIONALISME DIRI
Solat wajib terdiri dari beberapa waktu, disamping ada solat sunat ia tidak boleh dilakukan sesuka hati. Solat harus dilakukan tepat waktu. Zohor 1tgh/hari hingga mendekati Asar 5 petang. Manakala Magrib 7 malam. Hingga mendekati isya 8 malam
Dengan pembagian waktu , pelaku solat akan terdidik dan terlatih untuk menghargai waktu, on time, disiplin diri serta profesional dalam menjalankan amanah.
3.MENDEWASAKAN DIRI BERSOSIALISASI
Menurut Imam Asy-Syahid Hassan Albanna pengaruh solat tidak berhenti pada batas peribadi, tetapi solat itu sebagaimana disebutkan sifatnya oleh islam dengan berbagai aktiviti yang zahir dan hakikatnya yang bersifat batin merupakan minhaj (sistem/metode) yang kamil (sempurna) untuk mentarbiyahkan umat sempurna pula. Kemudian solat itu dikerjakan berjemaah, akan dapat mengumpulkan umat sebanyak lima kali sehari dan sekali dalam seminggu dalam solat jumaat, nilai – nilai sosial yang baik, seperti ketaatan, disiplin, rasa cinta dan persaudaraan serta persamaan darjat di hadapan Allah SWT.
4.MENCEGAH STRES
Menurut Imam Asy-Syahid Hassan Albanna pengaruh solat tidak berhenti pada batas peribadi, tetapi solat itu sebagaimana disebutkan sifatnya oleh islam dengan berbagai aktiviti yang zahir dan hakikatnya yang bersifat batin merupakan minhaj (sistem/metode) yang kamil (sempurna) untuk mentarbiyahkan umat sempurna pula. Kemudian solat itu dikerjakan berjemaah, akan dapat mengumpulkan umat sebanyak lima kali sehari dan sekali dalam seminggu dalam solat jumaat, nilai – nilai sosial yang baik, seperti ketaatan, disiplin, rasa cinta dan persaudaraan serta persamaan darjat di hadapan Allah SWT.
solat tahajud mengandungi aspek meditasi dan rekreasi sehingga dapat digunakan sebagai pereda stres yang akan meningkatkan ketahanan tubuh seseorang secara semulajadi jika dilakukan dengan ikhlas dan istiqomah, pengertian ini sudah dibuktikan kebenarannya dan mujarab sebagai solusi penyembuh kegalauan jiwa.
Blog ini dibina bertujuan untuk melengkapkan kerja kursus dari subjek Sains Dan Kejuruteraan Dalam Islam (DUA2012). Kami memilih topik hikmah solat sebagai tajuk kerja kursus kami.
AHLI KUMPULAN:
MUHAMMAD HANIF BIN MOHD NASHIR
(16DEM15F1061)
MUHAMAD NAJIB BIN ZINUDIN
(16DEM15F108)
MOHAMAD NOR IKHSAN BIN NOR ISHAK
(16DEM15F1048)
NORAIMAN BIN MUSTAFA
(16DEM15F1042)
MUHAMAD ZULHILMI BIN MULYADI
(16DEM15F1047)
PENSYARAH: PUAN NORAINI BINTI SULAIMAN
Monday, 14 March 2016
Beberapa Pernyataan Para Ilmuan Tentang Solat
Solat adalah cara paling baik untuk mendapatkan ketenangan jiwa dan menenangkan syaraf, sepanjang saya ketahui sehingga kini. Solat memiliki pengaruh pada peringkat syaraf manusia. Kerana menghilangkan ketegangan dan menenangkan pergolakan syaraf sehingga solat dianggap sebagai rawatan yang manjur pada penyakit insomnia. ( Dr. Thomas Heslubb)
Ketika proses penyembuhan berlangsung, seorang yang solat tidak boleh lepas dari “kekuatan jiwa” lalu ia melaksanakan solat dengan baik. Inilah penyembuhan mukjizat.(Dr. Alexcis Carel, Direktur Riset di Rockefeller Foundation Amerika dan seorang penerima nobel).
Sunday, 6 March 2016
HIKMAH SOLAT DARI ASPEK KESIHATAN
Kedudukan Tangan semasa membaca al Fatihah
- Apabila membaca al Fatihah, telapak tangan akan menggengam pergelangan tangan kiri di pusat.Dari segi kesihatan, teknik ini merupakan salah satu cara istirahat yang paling sempurna kerana kedua dua tangan mempunyai sendi pergelangan tangan, kedua dua otot ini berada dalam keadaan yang paling rehat sekali.
- Perjalanan darah terutama yang mengalir kembali ke jantung menyebabkan sendi tersebut berjalan balik di mana ia akan melancarkan pergerakan kedua dua tangan.Kaedah ini boleh menghindarkan sakit sendi (rheumatik).
- Ketika rukuk, kedua dua tapak tangan diletakkan di atas kepala lutut di mana punggung dan kepala berada di dalam keadaan selari.Teknik rukuk ini dapat menghilangkan banyak penyakit terutamanya sakit tulang belakang seperti sakit rusa tulang punggung , ruas tulang tengkuk dan kekejangan otot.
- Semasa sujud , kepala dan jari tangan berada di dalam keadaan sama. Keadaan jari-jari tangan pada ketika itu boleh menyebabkan semua otot bergabung di antara satu sama lain lantas menjadi besar dan kuat.
- Di samping itu, urat-urat pembuluh darah serta limpa akan menjadi teratur menghasilkan kelancaran perjalanan darah ke seluruh anggota badan terutama pada bahagian jantung dan menghindarkan berlakunya pengecutan di pembuluh darah.
- Semasa sujud juga otot-otot akan menghasilkan tenaga haba yang sangat diperlukan di dalam proses zat-zat makanan seperti zat besi,kalsium , kapur dan banyak lagi. Ketegangan otot akan mempercepatkan aliran darah dimana ia seterusnya membuang sisa-sisa kotoran yang asalnya dari zat makanan.
- Sujud ini juga akan menghasilkan otot-otot yang besar dan kuat terutama otot dada. Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak pada ketika ini kelenjar susu akan berkembang dan menghasilkan air susu yang banyak.
- Kaedah ini sangat penting untuk melawaskan pembuangan najis. Bagi ibu-ibu yang hamil pula ia membantu memudahkan proses kelahiran bayi.
- Sewaktu sujud ini juga kepala berada pada situasi yang paling rendah. Berlakulah pengaliran darah ke kepala, dalam situasi ini juga anggota kepala akan menerima zat-zat yang diperlukan berbanding dengan keadaan biasa.
Ketika Duduk Di Antara Dua Sujud (Duduk Tahiyat Awal)
- Semasa duduk antara dua sujud otot pangkal paha yang mengandungi saraf yang besar terletak di atas kedua-dua tumit kaki. Tumit ini turut dilapisi otot yang berfungsi sebagai bantal.
- Semasa duduk tahiyat , tumit kita menekan pangkal paha . Kaedah ini menyebabkan secara automatik saraf pangkal paha terurut atau terpicit dengan sendirinya. Oleh itu, ia boleh menghindarkan dan menyembuhkan penyakit ischias (tidak dapat berjalan) .
Saturday, 5 March 2016
Friday, 4 March 2016
HIKMAH SHOLAT BAGI KEHIDUPAN MANUSIA
1. Mendekatkan diri
dengan Allah SWT
Solat sebagai
ibadah utama umat Islam, merupakan cara untuk kita mendekatkan diri kepada
Allah. Kerana dengan solat, kita dapat mengingati Allah kepada kita, sehingga
membuat umat islam semakin mendekatkan diri kepada Allah. “Dan apabila
hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku
adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon
kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan
hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran
“ ( QS. Al Baqarah 186 ).
2. Menjaga
kesedaran dan pengurusan diri
Dengan solat
manusia akan selalu ingat kepada Allah, ingat akan dirinya sebagai hamba yang
harus selalu mengabdikan diri kepada Allah. Sehingga mereka sedar akan dirinya
dan selalu menjaga dirinya dari hawa nafsu. “ Sesungguhnya Aku ini adalah
Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah
shalat untuk mengingat Aku. “ ( At Thoha 14 )
3. Motivasi dan
terapi psikologi
Dari latar
belakang turunnya perintah solat dan unsur bacaan solat dari takbir sehingga
salam maknaya terdiri dari ikrar pemujaan, pengabdian, permohonan. Ayat yang
dibaca setelah Al fatihah, disesuaikan dengan keperluan , sehingga membuat kita
termotivasi. Ketika kita bermasalah,tertekan beremosi, dengan solat membuat
kita ingat akan tujuan kita beribadah kepada Allah, hal ini membuat kita akan
tenang dari pelbagai masalah.
4. Memupuk rasa
perpaduan, persatuan dan persaudaraan
Adanya solat
berjamaah, menunjukkan kesamaan gerak dan koordinasi umat muslim dalam
menjalankan aturan dan perintah Allah SWT. Hal ini membuat meningkatnya
persaudaraan, persatuan dan kebersamaan umat. “ Dan apabila kamu berada di
tengah-tengah mereka (sahabatmu) lalu kamu hendak mendirikan solat bersama-sama
mereka, maka hendaklah segolongan dari mereka berdiri (solat) besertamu dan
menyandang senjata, kemudian apabila mereka (yang solat besertamu) sujud (telah
menyempurnakan serakaat)[344], maka hendaklah mereka pindah dari belakangmu
(untuk menghadapi musuh) dan hendaklah datang golongan yang kedua yang belum
bersembahyang, lalu bersembahyanglah mereka denganmu[345]], dan hendaklah
mereka bersiap siaga dan menyandang senjata. Orang-orang kafir ingin supaya
kamu lengah terhadap senjatamu dan harta bendamu, lalu mereka menyerbu kamu
dengan sekaligus. Dan tidak ada dosa atasmu meletakkan senjata-senjatamu, jika
kamu mendapat sesuatu kesusahan karena hujan atau karena kamu memang sakit; dan
siap siagalah kamu. Sesungguhnya Allah telah menyediakan azab yang menghinakan
bagi orang-orang kafir itu. “ ( An Nisaa 102 )
5. Mencegah
perbuatan keji dan munkar
Dengan
kesedaran Allah sebagai Tuhan dan
manusia sebagai hamba, membuat kita selalu menjaga dan menguruskan diri,
sehingga dapat terhindar dari perbuatan keji dan munkar. Sebagaimana firman
Allah, “ Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al Kitab (Al Quran)
dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan- perbuatan)
keji dan mungkar... “ ( QS.Al Ankabut 45 ).
6. Menanamkan
disiplin diri terhadap waktu
Allah
memerintahkan solat di waktu – waktu yang telah ditetapkan seperti yang
sekarang dikerjakan. Hal ini membuat umat islam terlatih akan disiplin waktu
dalam menjalankan perintah, sehingga mereka terbiasa disiplin dalam kehidupan.
“ Dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan
pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang
baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan
bagi orang-orang yang ingat. “ ( Huud 114 )
7. Menolong
menyelesaikan masalah
Dari latar
belakang dan unsur-unsur solat,Solat mengandungi terapi ataupun peyelesaian
masalah sosial bagi umat Islam, pada setiap unsur memiliki penyelesaian yang
berbeza. Solat merupakan tenaga yang mampu memberikan kekuatan kepada umat
Islam dari terkongkong akibat daripada orang-orang kafir. Sehingga dengan
kebersamaan dan bangkitnya motivasi, membuat umat muslim mendapat semangat
untuk di jadikan dorongan dalam menyelesaikan masalahnya.
SEJARAH SOLAT
Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.
Subuh:
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam
a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara
pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat
sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua
rakaat.
Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari
kegelapan malam.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.
Zohor:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi
Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar
menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir
matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.
Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya
dan juga anaknya.
Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan
Allah SWT.
Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan
dengan tebusan kibas.
Asar:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus
a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun
telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk
waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana
baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.
Maghrib:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi
Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan
kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi
Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut
iaitu:
Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada
Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke
atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu
hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.
Isyak:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa
a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari
negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT
menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu
sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun
Subscribe to:
Posts (Atom)



